Selasa, 3 Mei 2011

Benarkah MeLAyu Itu HEbat???

       Banyak sekali dalam artikel blog konspirasi menyatakan bahawa asal-usul melayu itu benar-benar hebat...umat melayu pernah mencipta piramid dengan bukti penemuan keris dan perkataan batu,air dan lain-lain. Benarkah sejarah melayu telah dihilangkan oleh tangan-tangan gelap yang mana berusah untuk menlenyapkan kehebatn orang melayu terdahulu? dan benarkah pada akhir zaman nanti melayu akan kembali sebagai pendokong kepada imam Mahdi? Bnayak sekali teori yang dikemukan oleh penulis blog konspirasi seperti blog MacJay [ klik link ini http://aku-macjay.blogspot.com/2011/04/piramid-melayu-tersembunyi-di-lautan.html ] dan ibnu Yaacob [ klik disini http://ibnuyaacob.com/ ]. Andainya melayu itu hebat tidaklah mustahil kelak nanti akan lahir dari kalangan orang melayu seorang perwira yang akan menbela nasib agama,bangsa dan negara. Akan wujudnya nanti tokoh-tokoh pahlawan seperti tok janggu,dol said, mat kilau yang mana mereka-mereka ini akan menbebas umat melayu lain dari belenggu kehidupan yang terlalu bebas yang tidak berlandaskan adat melayu dan syariat agama islam.

         Tokoh perdana menteri kita iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamed telah menyampaikan sajak yang mana sekiranya diteliti akan bait-bait sajaknya pasti kita akan sedar tentang hilangnya semangat perjuangan dalam diri insan yang berbangsa melayu. Lihatlah betapa melayu itu mudah lupa tentang asal-usul mereka. Mereka sebenarnya bangsa yang hebat,bangsa yang terbilang, tetapi oleh kerana beberapa manusia yang telah menyebabkan melayu itu lemah dan alpa akan kekuatan mereka. Kalau dulu melayu itu dapat menghalang Malayan Union dari tertubuh,kalau dulu melayu itu dapat menghalang Komunis dari menjajah,kalau dulu melayu dapt menguasai Asia tenggara, tapi hari ini Melayu itu menjadikan negaranya papa kedana.

         sajak Melayu Mudah Lupa ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr Mahathir Mohammad semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

Selasa, 15 Februari 2011

piLihanRaya KamPus....

Pilihanraya kampus adalah landasan dalam memilih mahasiswa yang akan menjadi perantaraan diantara pelajar dengan pihak pentadbiran. Mahasiswa adalah orang yang belajar di universiti tidak kiralah universiti swasta ataupun universiti awam,mahasiswa adalah intelektual yang akan menjadi nadi negara. kebanyakan pemimpin lahir daripada mahasiswa,mahasiswa seharunya bijak dalam menilai sesuatu perkara dan dapat berfikir tentang baik ataupun buruk sesuatu perkara. Sempena pilihanraya kampus yang sedang bermula saya rasa terpanggil untuk melontarkan pendapat tentang pilihanraya kampus ini. esok adalah hari penamaan calon bagi pilihanraya kampus UTeM, pilihanraya kali ini menyaksikan ramai calon yang akan bertanding bagi merebut jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). trend di UTeM mahasiswa suka memilih calon yang menpunyai rupa paras yang cantik,hensem dan sebagainya. Mereka tidak menilai dari segi kebolehan seorang calon itu untuk memimpin dan menperjuangkan hak mahasiswa. Seharusnya mahasiswa di UTeM ini lebih cakna keadaan semasa,pilih calon yang menpunyai kreadibili dalam memimpin,menperjuangkan hak mahasiswa janganlah pilih berdasarkan rupa paras. Calon-calonyang bertanding juga juga seharusnya menunjukkan kreadibili mereka sebagai seorang pemimpin,janganlah apabila mendapat jawatan mereka hilang dan lesap,amanah yang diberikan mereka abaikan menyebabkan suara-suara kita sebagai mahasiswa tidak di dengar oleh pihak atasan, janganlah sampai orang ramai berkata "apa mahasiswa UTeM ni boleh buat?". kita harus ubah trend kita mengundi kali ini,janganlah institusi MPP dilihat umpama sebuah kelab yang menbuat program untuk student sahaja tetapi kita mahu MPP menjadi landasan untuk kita bersuara melontarkan pendapat dalam menbangunkan universiti. Tunjukkan suara mahasiswa,kuatkan mahasiswa di UTeM dengan calon MPP yang berkaliber,bukan sekadar pandai bercakap di hadapan tetapi pandai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pembela nasib para pelajar. tunaikan segala manifesto yang di janjikan,jangan sampai apabila dilantik hilang ditengah jalan. Saya sebagai mahasiswa akan menberikan sepenuh sokongan kepada bakal-bakal MPP yang akan dilantik selepas pengundian. Mahasiswa agen pembangunan negara....

Rabu, 9 Februari 2011

Harimau Malaya Mengaum lagi...

TaHniah,TahNiah,TahnIah,TahniAh.!! 

 itulah ucapan yang seharusnya di sampaikan kepada skuad bimbingan K. Rajagopal atas 
prestasi yang cemerlang ketika menundukkan Hong Kong 2-0 di stadium shah alam. inilah saat-saat yang di tunngu oleh peminat bola sepak tempatan. kehangatan yang dahulu nya telah hampir terpadam kini menyala semula, tidak mustahil suatu hari nanti ada pemain kita yang akan bermain untuk kelab-kelab gergasi eropah. Safiq Rahim pembuka tirai gol malaysia di separuh masa yang pertama,kehebatan safiq dalam mengelecek pemain hong kong menyebabkan peluang untuk menjaringkan gol terbuka luas dan tidak di persia-siakan oleh safiq dan terus menghasilkan gol pada malaysia,kekebalan penjaga gol malaysia iaitu Khairul Fahmi juga menjadi faktor kemenangan malaysia pada malam ini,walaupun ditukarkan selepas separuh masa pertama,penjaga gol kelantan itu tetap menpamerkan permainan yang menberangsangkan. separuh masa kedua pula meyaksikan pada minit-minit terakhir sebelum wisel penamat dibunyikan gawang gol hong kong sekali lagi di gegarkan dengan jaringan cantik oleh Amirul Hadi,seterusnya melengkapkan kemenangan bergaya bagi malaysia. 

          Penjaring terbanyak piala AFF suzuki juga menunjukkan prestasi cemerlang,dengan percubaan gol yang mengejutkan penjaga gol hong kong cuma nasib tidak menyebelahinya walaubagaimanpun bisa Safee Sali belum malap lagi,semoga dengan perpindahan beliau ke Indonesia dapat menberikan manafaat kepada arena bola sepak negara. kepada pemain hong kong pula mungkin disebabkan beberapa tonggak utama pasukan merekan tidak dapat diturunkan disebabkan kecederaan dan jadual perlawanan liga disana yang ketat menjadi faktor kekalahan mereka,tetapi pujian seharusnya diberikan kepada skuad bimbingan Tsang Wai Chung kerana dapat menberikan saingan yang sengit kepada Malaysia.

         Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan kehebatan yang di tunjukkan oleh skuad kebangsaan kita,kehebatan pemain yang tidak dapat disangkal lagi, tapi seharusnya kita tidak boleh leka dengan kemenangan yang telah di capai,pertahankan,perkuatkan dan perkukuhkan lagi semangat untuk memertabatkan arena bola sepak malaysia agar terus cemerlang,gemilang dan terbilang di mata dunia..jadikan malaysia gergasi bola sepak asia tenggara..
hidup harimau malaya!
hidup harimau malaya!!
hidup harimau malaya!!!

kamu sentiasa layak di uji..

"Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!" pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.
Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?
Tidak perlu.

Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.
Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.

RUBUBIYYAH ALLAH

Ada apa di sebalik kisah kambing?
Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.

"Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?" [Yunus 10: 31]

Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah.

Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini.

Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah.
Justeru dalam 'kesempurnaan' ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA.

HAMBA YANG LUPA

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.
"Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!" kata-kata manusia yang terlupa.
Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.
Buruk sangka, tidak mencari 'bicara Tuhan' di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?

Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?

Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?

Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?

Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?

Mengapa semua ini berlaku?

Itulah bicara Allah kepada kamu…

Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA
.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.

LUPA

Tetapi kamu terlupa.

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.

Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.

Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.

Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.

Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

BAIK DAN MUKHLIS

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "kami beriman", sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…

Kerana kita adalah HAMBA.

Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

Selasa, 8 Februari 2011

agama- agama besar didunia

sekadar perkongsian kepada mereka yang tidak tahu..

penjelasan agama oleh Dr. Zakir Naik

Agama- agama didunia bisa secara luas dikategorikan dalam agama semitic dan non- semitic. Agama non- semitic terbagi dalam agama Aryan dan Non- Aryan.

Agama- agama semitic
Agama- agama semitic adalah agama yang berasal dari bangsa semit. Menurut Bible atau kitab injil nabi Nuh mempunyai anak yang bernama atau dipanggil Shem / Syam. Keturunan dari Syam inilah diketahui sebagai bangsa semit. Oleh karena itu agama- agama semitic merupakan agama yang berasal dari Bangsa Yahudi, Arab, Assyrian dan Phoenicians. Agama- agama semitic adalah agama yang dianut oleh Yahudi, Kristen dan islam. Semua agama ini merupakan agama yang bersifat ramalan dimana mempercayai pimpinan yang diutus oleh Tuhan melalui perantaraan Nabi – Nabi.

Agama- agama non- semitic

Agama- agama non- semitic lebih lanjut dibagi lagi dalam Aryan dan non- Aryan:

Agama- agama Aryan

Agama- agama Aryan adalah agama yang berasal dari bangsa Aryan, dimana satu kelompok yang sangat kuat dari Indo- European yang berdakwah secara universal melalui Iran dan selatan India pada masa pertengahan menghampiri millennium kedua sebelum nabi Isa ( 2000 hingga 1500 BC ).

Agama Aryan lebih lanjutnya terbagi lagi dalam golongan Vedic dan non- Vedic. Agama Vedic cenderung diketahui sebagai Hindu atau Brahminism. Sedangkan non- Vedic adalah Sikhism, Buddha dan Jainism dan lain – lain.

Hampir semua agama- agama Aryan tidak menganut kepercayaan kepada Ramalan atau Nabi- Nabi.
Sedangkan Zoroastrianism adalah agama Aryan yang beraliran non- Vedic, dimana ia tidak berasosiasi dengan Hindu. Ia menegaskan sebagai agama yang percaya akan Ramalan dan Nabi- nabi.

Agama- agama non- Aryan

Agama- agama non- Aryan memiliki bermacam- macam asal- usul. Confucianism dan Taoism berasal dari China, sedangkan Shintoism bersumber dari Jepang.

Kebanyakan agama- agama non- Aryan ini tidak memiliki konsep ketuhanan. Mereka lebih suka memakai sistem etika sebagai kebaikan agama, atau mereka memahami bahwa etika itu lebih baik dari pada agama.

Rabu, 19 Januari 2011

perlawanan piala sumbangsih 2011: kelantan VS selangor

MASA : Sabtu, Januari 29 · 8:30pm - 11:00pm

TEMPAT : Stadium Shah Alam

Moh kite ramai2 mnyokong pasukan negeri masing2. kalu dilihat dari pelbagai sudut kedua-dua pasukan ni menpunyai peratusan kemenangan yang hampir sama. Kekuatan yang di tonjolkan pasukan kelantan dan selangor mungkin dapat menberikan sebuah perlawanan yang menarik. tetapi bagi saya, pasukan kelantan mungkin dapat menjuarai kejohanan kali ini kerana dari segi rekod tahun lepas kelantan sudah menjuarai beberapa kejohanan yang boleh dianggap sebagai kejohanan yang berprestij. tahun 2010 menyaksikan kelantan berjaya merangkul Piala Malaysia dan dikuti dengan Piala Emas Raja-Raja..jadi saya merasakan kelantan boleh mengulangi kembali kejayaan dengan merangkul Piala Sumbangsih dan seterusnya menbuka tirai 2011 dengan kemenangan dan kejayaan tetapi seharusnya kelantan tidak memandang rendah keupayaan pasukan selangor kerana sebelum ini selangor telah banyak kali merangkul kejuaraan untuk Piala Sumbangsih ini...ape pun GOMO KLATE GOMO...sekian..

Selasa, 18 Januari 2011

antara keperluan dan kehendak..

apakah maksud sebenar keperluan?apakah kita memahami akan erti keperluan,hari ini jika di kaji kita akan lihat ramai yang tidak memahami antara keperluan dan kehendak. kehendak adalah menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hing­ga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang daha­ga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hati­nya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya;(Kamus Dewan Edisi Empat) manakala keperluan pula mengikut definisi kamus dewan edisi keempat adalah apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting. seorang yang memahami antara keperluan dan kemahuan tidak akan mudah tersasar dari jalan yang benar. apabila kehendak lebih besar dari keperluan maka dengan sendiri nya diri kita tidak akan merasa puas dengan apa yang ada. sikap mensyukuri akan makin berkurangan,oleh itu,bagi anak-anak remaja, mereka akan mudah untuk memilih jalan-jalan yang menbawa mereka kearah kesenangan yang sementara,mereka akan melakukan pelbagai perkara yang melibatkan jenayah seperti mencuri,melacur,merompak dan sebagainya. tetapi tidak dinafikan juga bahawa kesan positifnya, sesetengah remaja akan mencuba nasib untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. oleh itu,saya menyeru kepada pembaca dan juga diri saya,supaya kita dapat menbezakan diantara kepeluan dan juga kehendak. sedar akan kesan positif dan negatif di sebalik perlakuan kita,jangan sampai suatu hari nanti kita menyesal yang tidak sudah..selamatkan diri,agama,bangsa dan negara.