apakah maksud sebenar keperluan?apakah kita memahami akan erti keperluan,hari ini jika di kaji kita akan lihat ramai yang tidak memahami antara keperluan dan kehendak. kehendak adalah menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang dahaga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hatinya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya;(Kamus Dewan Edisi Empat) manakala keperluan pula mengikut definisi kamus dewan edisi keempat adalah apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting. seorang yang memahami antara keperluan dan kemahuan tidak akan mudah tersasar dari jalan yang benar. apabila kehendak lebih besar dari keperluan maka dengan sendiri nya diri kita tidak akan merasa puas dengan apa yang ada. sikap mensyukuri akan makin berkurangan,oleh itu,bagi anak-anak remaja, mereka akan mudah untuk memilih jalan-jalan yang menbawa mereka kearah kesenangan yang sementara,mereka akan melakukan pelbagai perkara yang melibatkan jenayah seperti mencuri,melacur,merompak dan sebagainya. tetapi tidak dinafikan juga bahawa kesan positifnya, sesetengah remaja akan mencuba nasib untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. oleh itu,saya menyeru kepada pembaca dan juga diri saya,supaya kita dapat menbezakan diantara kepeluan dan juga kehendak. sedar akan kesan positif dan negatif di sebalik perlakuan kita,jangan sampai suatu hari nanti kita menyesal yang tidak sudah..selamatkan diri,agama,bangsa dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan