Selasa, 3 Mei 2011

Benarkah MeLAyu Itu HEbat???

             

       Banyak sekali dalam artikel blog konspirasi menyatakan bahawa asal-usul melayu itu benar-benar hebat...umat melayu pernah mencipta piramid dengan bukti penemuan keris dan perkataan batu,air dan lain-lain. Benarkah sejarah melayu telah dihilangkan oleh tangan-tangan gelap yang mana berusah untuk menlenyapkan kehebatn orang melayu terdahulu? dan benarkah pada akhir zaman nanti melayu akan kembali sebagai pendokong kepada imam Mahdi? Bnayak sekali teori yang dikemukan oleh penulis blog konspirasi seperti blog MacJay [ klik link ini http://aku-macjay.blogspot.com/2011/04/piramid-melayu-tersembunyi-di-lautan.html ] dan ibnu Yaacob [ klik disini http://ibnuyaacob.com/ ]. Andainya melayu itu hebat tidaklah mustahil kelak nanti akan lahir dari kalangan orang melayu seorang perwira yang akan menbela nasib agama,bangsa dan negara. Akan wujudnya nanti tokoh-tokoh pahlawan seperti tok janggu,dol said, mat kilau yang mana mereka-mereka ini akan menbebas umat melayu lain dari belenggu kehidupan yang terlalu bebas yang tidak berlandaskan adat melayu dan syariat agama islam.


     



         Tokoh perdana menteri kita iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamed telah menyampaikan sajak yang mana sekiranya diteliti akan bait-bait sajaknya pasti kita akan sedar tentang hilangnya semangat perjuangan dalam diri insan yang berbangsa melayu. Lihatlah betapa melayu itu mudah lupa tentang asal-usul mereka. Mereka sebenarnya bangsa yang hebat,bangsa yang terbilang, tetapi oleh kerana beberapa manusia yang telah menyebabkan melayu itu lemah dan alpa akan kekuatan mereka. Kalau dulu melayu itu dapat menghalang Malayan Union dari tertubuh,kalau dulu melayu itu dapat menghalang Komunis dari menjajah,kalau dulu melayu dapt menguasai Asia tenggara, tapi hari ini Melayu itu menjadikan negaranya papa kedana.

         sajak Melayu Mudah Lupa ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr Mahathir Mohammad semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan