Selasa, 15 Februari 2011
piLihanRaya KamPus....
Pilihanraya kampus adalah landasan dalam memilih mahasiswa yang akan menjadi perantaraan diantara pelajar dengan pihak pentadbiran. Mahasiswa adalah orang yang belajar di universiti tidak kiralah universiti swasta ataupun universiti awam,mahasiswa adalah intelektual yang akan menjadi nadi negara. kebanyakan pemimpin lahir daripada mahasiswa,mahasiswa seharunya bijak dalam menilai sesuatu perkara dan dapat berfikir tentang baik ataupun buruk sesuatu perkara. Sempena pilihanraya kampus yang sedang bermula saya rasa terpanggil untuk melontarkan pendapat tentang pilihanraya kampus ini. esok adalah hari penamaan calon bagi pilihanraya kampus UTeM, pilihanraya kali ini menyaksikan ramai calon yang akan bertanding bagi merebut jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). trend di UTeM mahasiswa suka memilih calon yang menpunyai rupa paras yang cantik,hensem dan sebagainya. Mereka tidak menilai dari segi kebolehan seorang calon itu untuk memimpin dan menperjuangkan hak mahasiswa. Seharusnya mahasiswa di UTeM ini lebih cakna keadaan semasa,pilih calon yang menpunyai kreadibili dalam memimpin,menperjuangkan hak mahasiswa janganlah pilih berdasarkan rupa paras. Calon-calonyang bertanding juga juga seharusnya menunjukkan kreadibili mereka sebagai seorang pemimpin,janganlah apabila mendapat jawatan mereka hilang dan lesap,amanah yang diberikan mereka abaikan menyebabkan suara-suara kita sebagai mahasiswa tidak di dengar oleh pihak atasan, janganlah sampai orang ramai berkata "apa mahasiswa UTeM ni boleh buat?". kita harus ubah trend kita mengundi kali ini,janganlah institusi MPP dilihat umpama sebuah kelab yang menbuat program untuk student sahaja tetapi kita mahu MPP menjadi landasan untuk kita bersuara melontarkan pendapat dalam menbangunkan universiti. Tunjukkan suara mahasiswa,kuatkan mahasiswa di UTeM dengan calon MPP yang berkaliber,bukan sekadar pandai bercakap di hadapan tetapi pandai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pembela nasib para pelajar. tunaikan segala manifesto yang di janjikan,jangan sampai apabila dilantik hilang ditengah jalan. Saya sebagai mahasiswa akan menberikan sepenuh sokongan kepada bakal-bakal MPP yang akan dilantik selepas pengundian. Mahasiswa agen pembangunan negara....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan