Rabu, 19 Januari 2011

perlawanan piala sumbangsih 2011: kelantan VS selangor

MASA : Sabtu, Januari 29 · 8:30pm - 11:00pm

TEMPAT : Stadium Shah Alam




Moh kite ramai2 mnyokong pasukan negeri masing2. kalu dilihat dari pelbagai sudut kedua-dua pasukan ni menpunyai peratusan kemenangan yang hampir sama. Kekuatan yang di tonjolkan pasukan kelantan dan selangor mungkin dapat menberikan sebuah perlawanan yang menarik. tetapi bagi saya, pasukan kelantan mungkin dapat menjuarai kejohanan kali ini kerana dari segi rekod tahun lepas kelantan sudah menjuarai beberapa kejohanan yang boleh dianggap sebagai kejohanan yang berprestij. tahun 2010 menyaksikan kelantan berjaya merangkul Piala Malaysia dan dikuti dengan Piala Emas Raja-Raja..jadi saya merasakan kelantan boleh mengulangi kembali kejayaan dengan merangkul Piala Sumbangsih dan seterusnya menbuka tirai 2011 dengan kemenangan dan kejayaan tetapi seharusnya kelantan tidak memandang rendah keupayaan pasukan selangor kerana sebelum ini selangor telah banyak kali merangkul kejuaraan untuk Piala Sumbangsih ini...ape pun GOMO KLATE GOMO...sekian..


Selasa, 18 Januari 2011

antara keperluan dan kehendak..

apakah maksud sebenar keperluan?apakah kita memahami akan erti keperluan,hari ini jika di kaji kita akan lihat ramai yang tidak memahami antara keperluan dan kehendak. kehendak adalah menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hing­ga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang daha­ga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hati­nya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya;(Kamus Dewan Edisi Empat) manakala keperluan pula mengikut definisi kamus dewan edisi keempat adalah apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting. seorang yang memahami antara keperluan dan kemahuan tidak akan mudah tersasar dari jalan yang benar. apabila kehendak lebih besar dari keperluan maka dengan sendiri nya diri kita tidak akan merasa puas dengan apa yang ada. sikap mensyukuri akan makin berkurangan,oleh itu,bagi anak-anak remaja, mereka akan mudah untuk memilih jalan-jalan yang menbawa mereka kearah kesenangan yang sementara,mereka akan melakukan pelbagai perkara yang melibatkan jenayah seperti mencuri,melacur,merompak dan sebagainya. tetapi tidak dinafikan juga bahawa kesan positifnya, sesetengah remaja akan mencuba nasib untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. oleh itu,saya menyeru kepada pembaca dan juga diri saya,supaya kita dapat menbezakan diantara kepeluan dan juga kehendak. sedar akan kesan positif dan negatif di sebalik perlakuan kita,jangan sampai suatu hari nanti kita menyesal yang tidak sudah..selamatkan diri,agama,bangsa dan negara.


Isnin, 17 Januari 2011

peguam minta azan di perlahankan meminta maaf secara terbuka

rupanya islam masih lagi tertegak di bumi malaysia..hari ini peguam yang bernama Ng Kian Nam telah memohon maaf kerana menghantar surat supaya azan di tempatnya di perlahankan. sumber di petik dari utusan malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm  pengajaran dari peristiwa ini,kita tidak boleh menbiarkan diri kita,masyarakat kita lemah,seharusnya kita menperkuatkan diri dan masyarakat dengan nilai nilai yang dapat menbentuk suatu ikatan yang kuat dan tidak mudah terurai. kita juga perlua da sikap bertoleransi sesama kita kerana di dlam negara yang majmuk ini apa-apa pun boleh berlaku. jangan alah sampai peristiwa hitam kembali berulang,jangan lah suatu hari generasi akan datang menyalahkan kita kerana tidak menjaga keamanan mereka,jangan sampai anak-anak kita merempat di dalam negara sendiri. harusnya kita bersepakat dan bertolak ansur dalm setiap perkara,tetapi ingat,jangan sampai hak kita pun kita gadai kan demi sebuah perdamaian yang sementara. ingatlah, dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung, apabila kita retak,tunggulah masa untuk diusung.

ucapan alu-aluan..

assalamualaikum,
kepada pembaca blog saya..alhamdulillah akhirnya tercapai jgk hasrat sy untuk mewujudkan sebuah blog,yang mana di dalam blog ini saya akan cuba mengupas ataupun berkongsi sbearang idea dengan pembaca semua..saya adalh budak yang masih baru belajar dalam men jadi seorang blogger ini.diharap ada tunjuk ajar daripada pembaca semua. di dalam blog ini,mungkin saya akan menyentuh tentang isu-isu yang terbaru,yang mana berkaitan dengan politik,ekonomi,pelajaran dan bermacam-macam lagi topik hangat yang boleh diperbincangkan,saya amat berharap adanya komen dan pandangan dari semuapembaca supaya saya dapat meningkatkan lagi mutu blog saya,saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan sepanjang penulisan blog saya ini. sebelum saya akhiri tulisan saya untuk tulisan ucapan alu-aluan ini,teriam la serangkap pantun dari saya.. Buah cempedak diluar pagar,amik galah tolong jolokkan,saya budak baru belajar,kalu xbetul tolong ajarkan...